tEknoLogi mAklUmAt [tc11]

hye..kami budak tc ukm :)

Monday, September 19, 2005

Masa depan dunia pengkomputeran akan lebih hebat

PENGERUSI dan Ketua Pegawai Eksekutif Sun Microsystems Inc (Sun), Scott McNealy, menegaskan gelombang dunia pengkomputeran masa depan akan menjuruskan kepada era pembabitan semua pengguna dengan menyaksikan akses ke sistem rangkaian menjadi lebih hebat.

Dengan senario ini, katanya, ia membuka peluang kepada semua insan di dunia ini bersambungan ke internet dan sekali gus, mampu mengatasi masalah jurang digital.“Senario kini masih menyaksikan pengguna dunia masih tidak mempunyai sambungan ke internet dan Sun berusaha menghapuskan keadaan itu melalui konsep eko mesra yanglebih menjuruskan kepada teknologi termaju dan perkongsian,” katanyakepada media sempena Simposium Media dan Analisis Asia Selatan, yang berlangsung di Singapura, minggu lalu.Sehubungan itu, McNealy menggariskan beberapa ciri utama yang mampu menjadi platform dalam mengatasi jurang digital secara memanfaatkan konsep Sun iaitu membabitkan sekuriti, penjimatan kos dan tenaga serta mudah guna.Beliau berkata, kebanyakan produk Sun yang berasaskan platform Java, terbukti selamat daripada sebarang serangan virus selain mengatasi isu akses ke internet yang berbeza dengan platform pesaing lain.“Di samping itu, isu kos sudah berjaya diatasi melalui produk sepertiSunRay dengan membabitkan perkongsian prasarana dan ini dilihat sebagai antara isu besar untuk mengatasi jurang digital, sekali gus menyediakan kemudahan akses ke internet,” katanya.Beliau berkata, sistem rangkaian adalah pemboleh paling hebat yang mana pentadbir sesebuah negara disarankan supaya berhati-hati dalam pemilihan teknologi bakal digunakan dengan menjuruskan kepada kos untuk keluar daripada teknologi tertentu apabila ia luput nanti.Katanya, negara tertentu harus faham kebanyakan teknologi dalam industri komputer akan melalui tempoh luputnya dalam jangka masa 18 bulan.“Pembuat keputusan teknologi harus membuat pertimbangan sama ada vendor mereka beroperasi pada sistem terbuka dengan keupayaan untuk membentuk konsep bekerjasama seperti menghasilkan strategi berkongsi.“Sun kini lebih menjuruskan kepada keupayaan harga selain menumpukan kepada kerjasama perkongsian yang menjadikannya sebagai vendor terbaik untuk negara berkenaan tambahan lagi ia tidak mengunci pengguna kepada produknya saja sebagaimana vendor lain,” katanya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home