tEknoLogi mAklUmAt [tc11]

hye..kami budak tc ukm :)

Wednesday, October 12, 2005

TAHUKAH ANDA TERDAPAT 5 GENERASI BAHASA PENGATURCARAAN

Generasi Pertama : Bahasa Mesin (1945)
- bahasa asas bagi komputer dengan pewakilan data sebagai 0 dan 1

Generasi Kedua : Bahasa Himpunan (pertengahan 1950an)
- bahasa aras rendah
- menggunakan singkatan atau perkataan yang mudah diingat
- perterjemah bahasa diperlukan jika aturcara ditulis dalam bahasa lain

Penterjemahan bahasa : Sejenis perisian sistem ynag menterjemahkan aturcara yang ditulis dalam bahasa generasi kedua, ketiga dan tinggi ke dalam bahasa mesin
a) Penghimpun (Assembler)
b) Pengkompil (Compiler)
c) Pentafsir (Interpreter)

Generasi Ketiga : Bahasa peringkat tinggi ( awal 1960an)
- bahasa seakan bahasa Inggeris
- contoh :- COBOL untuk aplikasi bisnes, FORTRAN, BASIC, Pascal,C ,Ada
- Penterjemah bahasa tinggi bergantung kepada bahasa yang diggunakan samaada pengkompil atau pentafsir
a) Pengkompil
- penterjemah bahasa yang menukar keseluruhan aturcara bahasa peringkat tinggi ke bahasa mesin untuk pelaksanaan kemudian
- bahasa peringkat tinggi dipanggil kod sumber dan bahasa mesin sebagai kod objek dan disimpan badi kegunaan perlaksanaan
- contoh COBOL, FORTRAN dan Pascal
b) Pentafsir
- penterjemah bahasa peringkat tinggi yang menukar setiap penyataan ke bahasa mesin secara segera
- tiada kod objek disimpan
- contoh BASIC

Generasi Keempat : Bahasa peringkat tertinggi
- dikenali sebagai 4GL
- terdapat beberapa tujuan khas
a) Penjana laporan – aturcara bagi pengguna akhir yang digunakan untuk menghasilkan laporan
b) Bahasa pertanyaan(query) – digunakan untulk mendapatkan semula data daripada pengurusan pangkalan data
c) Penjana aplikasi – membenarkan seseorang memberi secara terperinci penerangan data yang diperlukan untuk diproses

Generasi Kelima : Bahasa Tabie- sebahagian daripada bidang kepintaran buatan
- terdiri kepada 2jenis
a) bahasa manusia biasa
b) bahasa pengaturcaraan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home